Wednesday, February 12, 2014

ARCA

Pengenalan Arca

Arca merupakan karya seni bersifat 3 dimensi. Mempunyai jisim dan ia lebih kepada reka bentuk seni bina.  Permukaan arca boleh dirasa dengan tangan, dilihat dari pelbagai sudut. Seorang karyawan seni yang menghasilkan arca dipanggil arcawan.

Definasi Arca
Arca berasal dari perkatan Yunani Purba - ‘sculpere’ yang bermaksud  satu proses     menebuk, mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.

Sejarah Arca
  1. Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM.
  2. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.
  3. Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.
  4. Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu.
  5. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
  6. Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.
  7. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Arca patung kecil Cycladic yang dpamerkan di Muzium Akeologi di Athens.


Ciri-ciri Arca
Mementingkan unsur ruang, bentuk dan imbangan.  Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.


Kategori Arca
  1. Arca Berfungsi – arca yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu.Contohnya:  arca patung untuk tujuan keagamaan, alatan permainan di taman untuk permainan kanak-kanak,Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara yang terkorban memperjuangkan negara.
  2. Arca Estetik - arca yang dihasilkan unrtuk diperagakan atau dinikmati keindahannya sahaja.  Bentuknya boleh abstrak, bebas dan realistik.  Ia mempunyai nilai intelek yang tinggi untuk difahami. Contoh arca estetik : “Bujang Berani” dihasilkan oleh artis Bayu Utomo Radjikin.  Bahan logam.


Jenis-jenis Arca

1. Arca Luakan 
Dihasilkan dengan membuang, memotong, atau mengurangkan bahagian-bahagian tertentu. Teknik arca jenis ini banyak digunakan sejak zaman pra sejarah.  Bahan yang digunakan seperti tanah liat, mar-mar, plaster of paris, bongkah kayu dan bahan-bahan lain yang mudah di ukir atau diluakan.

  Arca luakan - "Reclining Figure", karya Henry Moore.


2.   Arca Binaan 
Dihasilkan samada dengan kerangka atau tidak berkerangka.  
Bahan yang digunakan spt kayu, batu simen, logam, dawai, keluli dan sebagainya.

Arca Binaan - "Keliering Pole" oleh kaum Melanau.


3.   Arca Acuan
      Mempunyai acuan tertentu mengikut ciptaan pengarcanya.
      Bahan yang digunakan ialah POP, simen, lilin, tanah liat.

Arca acuan


  4.  Arca Dinding

     Arca ini adalah gabungan catan dan arca.
     Boleh diletakan diatas meja, diatas permukaan dinding.
     Bahan yang digunakan spt logam, kayu.
     Menggunakan teknik paku, lekat, tampal atau gantung.
     Cthnya: Arca “Langkawi” karya Abdul Latiff Mohidin (1977).
Gonzalo de salas - Cth Arca dinding.


5.   Arca Mobail/Kinetik/Bergerak
Arca yang berupaya untuk bergerak, beruputar atau berubah.
Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan. 
Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.



6.      Arca Timbulan
Arca 3D.
Banyak terdapat dizaman Tamadun Mesir Purba.
         Bahan seperti batu kapur


 
Arca Timbulan tamadun Mesopatamia 
yang dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.



7.      Arca Asemblaj atau Stabil 
         Cantuman secara kasar bahan-bahan terpakai atau terbuang. 
         Dikenali juga sebgai arca barangan buruk.
         Cth: Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp .


Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” 
karya Marcel Duchamp





8.  Arca Gabungan
     Arca gabungan/campuran berbentuk ‘instalasi’.  
     Ia adalah gabungan disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.




Tokoh Arcawan

ARCAWAN BARAT


Arcawan : Michealangelo 
Tajuk Arca: “Moses”





Arcawan : Alberto Giacometti
Tajuk Arca : Figure





Arcawan : Alberto giacometti 
Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'




Arcawan : Henry Moore
Tajuk Arca : "Reclining Figure"




Arcawan : Donatello, 
Tajuk Arca : "David" (1416)


TOKOH-TOKOH ARCAWAN TEMPATAN

Mad Anuar Ismail
Tajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" 
Tahun :1991,
Bahan : Ukiran Kayu, 
Ukuran : 400 x 240 x 100cm


Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk Arca : "Bujang Berani" 
Tahun : 1991
Bahan :  Logam dan POP, 
Ukuran : 55x100x100cm




Anthony Lau –  Karya :“Rimba”



Azhar Abdul Manan 
Tahun: September, 1989, 
Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"
Ukuran : 56x100x100cm 

No comments:

Post a Comment