“A picture is worth than a thousand words”

Sunday, August 3, 2014

PERMAINAN CONGKAK

Pengenalan



Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji saga, guli atau biji getah.



Buah congkak  menggunakan biji saga, guli atau biji getah.

Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab.   Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kiniJordan.  Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.   Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.


Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.



Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1.         Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.


Pembahagian buah congkak




Congkak di anggotai oleh 2 oarang pemain.


2.         Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3.         Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4.         Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5.         Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.


Cara membuat congkak
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayurambutannangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.



Kayu dipotong mengikut saiz.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.



Kayu tersebut diukur dan ditanda dengan sama saiz untuk membuat lubang congkak
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’
yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.



Kayu tersebut ditebuk dengan menggunakan mesin
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua
hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.


Setelah kering, congkak ini diukir dengan menggunakan alat pengukir
Setelah siap, papan tersebut akan diukir
dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan,
kosmos, 
geometri dan sebagainya



Papan congkak divarniskan dengan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.



Congkak Masa Kini



Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana sahaja.









6 comments:

  1. Salam., boleh sy dapatkn maklumat tentang pembuat congkak dlm gmbar kat atas ni., sy sedang siapkn satu tugasan tentang congkak., email sy max_psychotic@yahoo.com., mohon bantuan ye.,

    ReplyDelete
  2. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    creative agency malaysia
    graphic design malaysia

    ReplyDelete