Monday, September 15, 2014

SENI BINA RUMAH MELAYU TRADISIONAL


Pengenalan

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah sebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung. Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti rumah pangsa yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang menyambungkan semua unit menjadi sebuah bangunan panjang.


Rumah Pisang sesikat



Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan.  Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung.  Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang @ bumbung panjang. Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada bentuk limas @ bumbung Belanda.

Bumbung bentuk V @ bumbung lipat kajang




Selaras dengan perubahan dan perkembangan teknologi, kaedah membina rumah juga berubah. Di peringkat awal, sistem mendirikan rumah hanya dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Sistem tebuk kemudiannya diperkenalkan. Begitu juga penggunaan paku kayu yang dikenali juga dengan pemeting untuk menguatkan persediaan rangka rumah.  Tiang rumah berbentuk bulat dan rotan @ akar digunakan untuk menguatkan persendian. Tarahan tanggam dibuat untuk mengejapkan persendian seterusnya tiang bersegi dan ditebuk untuk laluan kayu rasuk dan alang serta dibaji.


TarahanTanggam

Penggunaan alat seperti ketam, gergaji dan alat tebuk menebuk membolehkan lantai dan dinding rumah yang lebih baik bagi menggantikan balak kayu yang digergaji. Penggunaan papan untuk dinding dan lantai diperkenalkan untuk menguat dan merapi rumah. Susunan sambung menyambung untuk dinding yang dikenali dengan sambungan tindih kasih dan sambung berlidah telah memperlihatkan susunan dinding secara melintang, menegak dan juga menyerong.


Pengaruh Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.

Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.

Dikatakan semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional terdiri dari rumah bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas @ bumbung Belanda.



Jenis-jenis rumah Melayu




JOHOR : Rumah potong Belanda @ Rumah Limas



Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung 
panjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah @ 
kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja.


Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan 
Rumah Serambi Melaka dan terbahagi kepada 
rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas.


Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah 
berbumbung panjang ini dipengaruhi 
oleh senibina rumah panjang di Melaka. 


Di Terengganu, terdapat dua jenis rumah
 bumbung panjang iaitu rumah tiang 
dua belas dan rumah bujang. 


Di Kelantan , terdapat dua jenis rumah 
bumbung panjang iaitu rumah tiang 
dua belas dan rumah bujang. 




Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, 
rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina 
rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan. 


Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali 
dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.

Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

Rumah  melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina rumah melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.

Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman  seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.

Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.

Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.

Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya.  Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah melayu ini.


Tebar Layar dengan hiasan motif kosmos





Bahagian anjung rumah di pasang dengan
ukiran larik.






Kekisi tingkas diukir dengan ukiran
tebuk tembus membantu
peredaran udara yang baik.















12 comments:

  1. terbaikkkkkkkkkkkkkkk
    sayangilah seni reka rumah melayu lama

    ReplyDelete
  2. Suka dgn rekabentuk.. tp kos binaan kayu sgt mahal ...

    ReplyDelete
  3. selamat sejahtera. Saya ingin menggunakan foto rumah serambi Kedah dalam buku pen. seni visual terbitan KPM. Harap dapat kebenaran.

    ReplyDelete
  4. Saya dalam proses belajar dan menghidupkan kembali seni bina melayu..0139998111..klau ada ilmu boleh dikongsi

    ReplyDelete
  5. x de pon citer psal bumbung terbuke?
    \

    ReplyDelete

  6. Selamat sejahtera. Saya cikgu fariza mohon keizinan untuk menggunakan foto dalam blok ini dalam video PDPC saya untuk kegunaan pelajar pelajar tingkatan 5 PSV.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hi Bro, I'm Chinese

      FYI each race has its own unique culture, should be proud of it. Whether or not you don't like just keep your KEBODOHAN dan KEHSOHIAAN. Otherwise, you stay back to your Mother Hole.

      Really shame of your family and Pity for Parent to have this kind kid OTAK.

      Please send my condolence to your family

      Sekian terima kasih

      Delete
    2. true, we should be proud of our culture

      Delete