“A picture is worth than a thousand words”

Wednesday, February 12, 2014

LUKISAN


Pengenalan
  1. Melukis ialah suatu seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alatan yang dimaksudkan terdiri dari media kering seperti grafitpenselpen dan dakwatberus dakwatpensel warna lilin, krayonarangkapur tulispastelpenandastilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. Seorang yang berkarya dalam seni tampak adalah pelukis.
  2. Lukisan adalah bentuk seni halus yang paling ringkas dan tertua sekali.  Lukisan dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi idea dengan yang lain atau untuk tujuan keseronokan sahaja. 
  3. Lukisan boleh dihasil dalam dua cara sama ada berwarna atau tidak berwarna. Lukisan tidak berwarna menggunakan alat melukis seperti pensel, arang, pen,dan dakwat, pen teknikal dan seumpamanya,
  4. Manakala lukisan berwarna menggunakan alat melukis seperti krayon, oil pastel, soft   pastel, kapur warna.

Sejarah lukisan
Di zaman prasejarah, manusia menjadikan gua sebagai tempat perlindungan. Berbagai kegiatan mulai dari tidur hingga membuat lukisan indah pun dilakukan di sana. Namun, tahukah anda lukisan gua mana yang paling tua di dunia? Mari kita lihat bukti-bukti lukisan tertua di seluruh dunia. 

Gua Altamira di Sepanyol utara adalah gua pertama di mana lukisan prasejarah ditemukan pada akhir abad 19. Lukisan-lukisan itu memiliki kualiti luar biasa. Banyak orang yang tidak percaya bahwa manusia prasejarah memiliki kemampuan intelektual untuk menghasilkan segala jenis ekspresi artistik. Namun pada tahun 1902 lukisan-lukisan ini terbukti asli. Lukisan kuda dari arang dan cetakan tangan di Gua Altamira adalah salah satu lukisan gua terbaik yang terawetkan di dunia.



Gua Lascaux di barat daya Perancis. Lukisan ini dianggarkan berusia 17,000 tahun. Sebahagian besar lukisan gua terletak jauh dari pintu masuk.  Lukisan gua yang paling terkenal adalah The Great Hall of the Bulls yang menggambarkan lukisan kambing, kuda, dan rusa. Salah satu lukisan kambing itu berukuran 5.2 meter (17 kaki), ini adalah lukisan haiwan terbesar yang pernah ditemukan dalam gua.


Gua Magura  di Barat Laut Bulgaria salah satu gua terbesarnya. Dinding gua yang dihiasi oleh lukisan gua prasejarah berusia 8000-4000 tahun yang lalu. Lebih dari 700 gambar telah ditemukan di dinding gua. Lukisan dicat dengan kotoran kelawar dan menggambarkan aktiviti  sedang berburu dan menari.


Empat unsur penting dalam lukisan
Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil lukisan ialah komposisi objek, perspektif, pencahayaan dan ruang.  

1.  Komposisi objek - Susunan objek dalam lukisan haruslah menepati asas seni reka iaitu keseimbangan, penengasa, kesatua   dan sebagainya.

2. Perspektif - Perspektif di dalam lukisan hendaklah ditunjukkan dengan jelas dengan menggunakan titik lenyap yang betul. Bentuk objek tiga dimensi harus jelas kelihatan. 

3. Pencahayaan - Aspek penting dalam lukisan terutamanya lukisan objek lutsinar.  Keupayaan menghasilkan ton menggunakan pelbagai teknik lukisan  dapat menghasilakan gambaran 3D sesuatu objek.  Arah sumber cahaya harus dikenal pasti sebelum menghasilkan ton pada objek yang hendak di lukis.








 A -  Highlight
B -  Halftone
       C -  Core Shadow
              D -  Reflected shadow
      E -  Cast Shadow

Media Lukisan
Nicholas Jacques Conte
  1. Pensil dicipta oleh Nicholas Jacques Conte pada tahun 1795.
  2. Di buat dari arang dan tanah liat.
  3. Pensil keras (jenis H) digunakan untuk melakar manakala pensil lembut (jenis B) digunakan untuk membuat lorekan atau ton.
  4. Pensel keras(H-8H), semakin besar nilai H, semakin besar nilai H, semakin keras kesan grafitnya dan kesan garisan yang dilakar lebih tajam tetapi kurang jelas atau kurang gelap. Sebaliknya  pensel lembut (B-8B), semakin besar nilai B, semakin hitam lorekannya dan semakin lembut grafitnya.
  5. Garisan pensel dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu gred pensel (keras atau lembut), tekanan pensel, dan kelajuan pensel semasa melukis.
  6. Ton adalah nilai warna.Dalam lukisan menggunakan media pensel, ton merupakan nilai terang dan gelap bergantung kepada jenis pensil yang digunakan.


Pelbagai media lukisan untuk menghasilkan ton pada objek

Belajar melukis menggunakan Charcoal


Teknik Olahan Garisan Dalam Lukisan

















 











No comments:

Post a Comment