“A picture is worth than a thousand words”

Friday, October 17, 2014

SENI MEREKA HIAS MAKANAN

Hiasan atau Garnis adalah penghias hidangan , Potongan kecil makanan yang digunakan sebagai hiasan atau dapat didefinisikan sebagai makanan atau bahagian dari makanan yang ditampilkan sedemikian rupa untuk meningkatkan penampilan makanan yang disajikan.  Umumnya, garnis harus menggunakan bahan yang dapat dimakan dan harus menjadi bahagian integral dari makanan sehingga garnis tidak akan tersisa di atas piring hidangan.

Garnis tidak perlu memerlukan peralatan khusus, hanya alat-alat sederhana yang diperlukan, misalnya: pisau runcing dan tajam untuk mengupas, pisau bergerigi untuk roti dan tomato, dan pengupas buah-buahan dan sayuran.

Membuat garnish, atau hiasan masakan sangatlah penting, karena dengan adanya hiasan pada makanan tersebut, akan mencantikkan penampilan hidangan.  Hiasan makanan ini biasanya untuk hidangan di meja makan pengantin atau hidangan makanan di hotel-hotel.  Adapun bahan yang bisa kita gunakan seperti buah- buahan maupun sayuran kerana ia mudah disediakan dan yang diperlukan hanya kreativiti penciptanya.   Sebab pentingnya suatu garnish, Para tukang masak, atau chef selalu meluangkan waktunya untuk belajar, yang mana kebolehan untuk menghias masakan ini sebenarnya boleh dipelajari oleh setiap orang termasuk anda.

Garnis mestilah berkaraktor. Berikut antara ciri-ciri yang semestinya ada dalam penciptaan Garnis:
1.   Sederhana, alami, dan segar dalam penampilan.
2.   Tekstur dan ukuran sesuai untuk makanan.
3.   Beraroma.
4.   Disusun sedemikian rupa untuk meningkatkan kualiti makanan.
5.   Dapat ditaburkan atau ditempatkan pada bahagian tertentu.
6.   Harmonis. Warna seharusnya tidak bercelaru.

Berikut adalah contoh reka hias makanan yang dihasilkan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan lain. Nampak mudah tapi mencabar!









Tembikai, pangkal nanas, keledek merah.


Cili, bunga kobis, keledek



Makaroni dan pasta.



Daun sawi, kacang bende, cili besar, kentang,
 kacang pis. lobak merah, tomato, sengkuang,
batang saderi dan cili benggala.

'DOODLE ART'

‘Doodle’  adalah satu lukisan unfocused atau tidak sedarkan diri .  Doodle mengikut fahaman saya tidak ubah seperti corat-coret. Di kala kita bersendirian atau melamun kadangkala terhasil corat-coret yang tidak disengajakan atau tidak dirancang.  Mencoret merupakan hal paling mudah di lakukan, dengan media untuk menulis, seperti kertas, pen dan pencil, kita dapat menghasilkan sebuah coretan.  

Contoh stereotaip doodling terdapat dalam buku nota sekolah, di atas meja bilik darjah ketika pelajar berkhayal atau kehilangan minat dalam kelas. Contoh umum lain doodling dihasilkan semasa perbualan telefon lama jika pen dan kertas boleh didapati. Jenis popular doodle termasuk versi kartun guru atau sahabat di sebuah sekolah, TV terkenal atau watak-watak komik, mencipta makhluk fiksyen, landskap, bentuk geometri, corak dan tekstur.

Kegiatan "mencoret" seperti ini juga sering disebut dengan ‘doodling’. Doodle Art sendiri adalah suatu gaya menggambar dengan cara mencoret, kelihatan  abstract, ada yang tidak bermakna dan ada juga tidak yang bermakna. Terkadang karya yang dihasilkan tidak memiliki maksud namun terlihat unik dan menarik.  Sebuah karya doodle biasanya adalah ekspresi atau luahan perasaan si pembuatnya.  Apa yang dilakar atau dicoret lahir terus dari naluri hati pelukis itu yang kadangkala lahir tanpa disedari oleh fikiran kita. 

‘Doodle art’ kadang mampu menenangkan hati si pembuatnya. Semakin di buat dengan sepenuh jiwa dan perasaan, karya yang dihasilkan semakin menarik, unik dan mempunyai makna mendalam.  Oleh itu karya doodle tidak sekadar jadi hobi corat-coret, tapi juga mempunyai kedalaman makna dan gaya. ‘Doodle art’ juga memiliki sejarahnya. Tahukah anda sejarah lukisan terdapat digua-dua batu zaman dahulu.  Ini merupakan salah satu gaya doodle art tertua, bahkan sebelum orang mengenal tulisan, dimana doodling dijadikan alat untuk menceritakan sebuah kisah atau peristiwa masa itu yang boleh dihaati turun temurun hingga melakar sejarahnya sendiri.

 Lukisan tertua 12,000 tahun di kaki bukit pegunungan Vindhya, India.

Lukisan  zaman kuno di Gua Magura, Bulgaria.









Doodle art adalah sarana berkarya dan berkreativiti dengan cara paling mudah, murah lagi meriah. Tidak perlu kertas khusus seperti kanvas, di atas surat khabar atau cebisan kertas sekalipun boleh dilakukan. Semua kembali ke pembuat doodle art itu sendiri dalam memilih peralatan dan gaya doodling yang selesa bagi dirinya.

Kini gaya doodle art ini banyak di pakai sebagai salah satu elemen dalam reka bentuk  grafik.  Doodle art biarpun ringkas, selamba dan santai namun hasilnya sangat terkesan 

dan bermakna. 

Bagi yang ingin mencuba, mari kita lihat video ini.


'YARN BOMBING' MENERANGI DUNIA DENGAN WARNA!

Seni jalanan yang biasa kita dengar dan lihat ialah Grafiti iaitu menyelimuti dinding-dinding kota dengan tulisan atau gambar melalui semburan cat . Manakala seni ‘Yarn Bombing’ pula ialah menyelimuti kemudahan awam dengan "baju warna-warni". ‘Yarn Bombing’ adalah seni jalanan unik. Tujuannya mudah saja... "Untuk menerangi dunia dengan warna". Ia benar-benar sesuatu yang istimewa dan unik.   Bom Benang, adalah satu tindakan seni jalanan di mana 'pengait dan perenda' bersatu atau mengait benang pada objek awam. Ia bermula pada 2004 di Netherlands dan sehingga kini seni ini  telah tersebar sebagai satu fenomena di seluruh dunia.  

Pastikan sebelum ianya bermula, dapatkan kebenaran dari majlis perbandaran!

Benang dipintal dengan beragam warna lalu dipakaikan di tempat-tempat awam, contohnya seperti di tempat duduk jalanan, di batang pohon, tiang lalu-lintas, dan lain-lain. Jika dibandingkan dengan seni Grafiti, ‘Yarn Bombing’ lebih  mudah dibersihkan. Mari kita lihat seni ‘Yarn Bombing’ yang terdapat di tempat-tempat awam.














































Tuesday, October 14, 2014

ARCA DARI PENSIL WARNA

Pensel atau pensil warna, media yang tidak asing lagi dikalangan kanak-kanak sekolah mahupun pelajar-pelajar seni.  Pensil warna cepat pendek setelah di asah atau ditajamkan. Ramai yang membuangnya begitu saja.  Tahukah anda bahawa pensil yang pendek itu boleh menghasilkan karya seni lain yang sangat kreatif dan menarik. Terfikirkah anda yang pensil warna terbuang ini boleh digubah menjadi arca. Wow..... menarik bukan, mari kita lihat hasilnya!

        















Thursday, September 25, 2014

SENI ARCA DARI SISA LOGAM BERAT

Sekali pandang anda tidak boleh mengatakan bahawa arca ini dibuat dari logam berat melainkan anda melihatnya dari dekat akan dapat mendedahkan asal-usul arca ini. Sebenarnya ia dihasilkan dari sisa logam sampah yang di kitar semula. Contohnya seperti logam pisau roti, logam skru, rantai basikal dan banyak lagi. Hasil gubahan idea kreatif penciptanya maka terhasillah arca dari bahan kitar semula yang kreatif dan menarik sekali.

image credit: www.brianmock.com

image credit: www.flickr.com/kathisgardenart

image credit: www.dailyartmuse.com






image credit: batona.net

image credit: www.dailyartfixx.com

image credit: www.cdn.decoist.com

Saturday, September 20, 2014

KITAR SEMULA TAPE KASET LAMA KEPADA HASIL SENI



Jangan sekali-kali buang pita kaset lama anda, anda boleh membuat kerja-kerja seni di atasnya dan membuat sedikit wang untuk seni itu, di bawah adalah beberapa kerja-kerja yang boleh dirangka dan berfungsi sebagai hiasan dinding.


























PASU BUNGA DARI PENSIL KAYU


Lelaki ini menggunakan seberkas pensil dan menghasilkan idea yang menakjubkan.  Artis dari Findland bernama Tuomas Markunpoika menghasilkan pasu yang cantik, apa yang menakjubkan ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan pasu itu! Beliau menggunakan kayu tetapi bukan jenis sebarangan. Dia memilih pensil kayu. Mari kita lihat hasilnya.

Gam pensil secara bersusun dan bertindan untuk
hasilkan bentuk selinder dan empat segi
tepat seperti di bawah.


Gunakan mesin pelarik.

Proses membentuk pasu.

Idea yang mengkagumkan!


Pandangan dari dekat sungguh menakjubkan.
 Jalinan yang menarik dan hebat.


Yang ini pula menggunakan pensil warna.


Menarik sekali!