Pengenalan
Congkak adalah
sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang
atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji saga, guli atau biji getah.
Buah congkak menggunakan biji saga, guli atau biji getah. |
Congkak dipercayai
berasal daripada dunia Afrika
atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kiniJordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke
Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak
mungkin berkembang dari Melaka memandangkan
negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama
"congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang
Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan
Congkak.
Pada
zaman dahulu, golongan istana bermain
congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di
kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam
tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak
begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman
web di internet. Dalam laman-laman web ini
disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di
seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
Berikut merupakan peraturan permainan
congkak yang paling biasa:
1.
Dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai
buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.
Pembahagian buah congkak |
Congkak di anggotai oleh 2 oarang pemain. |
2.
Gerakan diteruskan hingga buah yang
terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut,
hanya selepas membuat satu pusingan.
3.
Pihak lawan mengambil giliran
meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di
dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah
yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh
di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4.
Sekiranya tidak terdapat sebarang
buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk
menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5.
Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak
lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak
dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak
terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Cara membuat
congkak
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau,
keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari
kayurambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
Belahan kayu yang telah siap dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. |
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. |
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’. |
Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya |
Salam., boleh sy dapatkn maklumat tentang pembuat congkak dlm gmbar kat atas ni., sy sedang siapkn satu tugasan tentang congkak., email sy max_psychotic@yahoo.com., mohon bantuan ye.,
ReplyDeleteFck u
DeleteTibe
Deletesalam, sudah dpt ke maklumatnya ? sy mcm perlu mmbuat research juga
Deletetq bnyak ii
ReplyDeleteHello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
ReplyDeletecreative agency malaysia
graphic design malaysia