“A picture is worth than a thousand words”

Sunday, June 29, 2014

PERMAINAN WAU

Pengenalan
      

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman iaitu di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. 

Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk wau

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin atau dikenali sebagai Sejarah Melayu yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. 


Sejarah wau

Nama lain bagi wau adalah layang-layang. Perkataan “wau”  ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri tersebut. 

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. 

Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Jenis-jenis Wau


Jenis-jenis wau di Malaysia






             
Wau Bulan

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur diSemenanjung Malaysia Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.  Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.   Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing, bukan wau bulan.





Wau Kucing

Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya.





Wau Jala Budi

Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.  Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi.  





Wau Merak


Wau Merak merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular dikalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipasdan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang.





Wau Dodo Helang

Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Terengganu, Ia tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo helang ini mempunyai rupa yang sama dengan wau helang kecuali hiasan pada dada layang-layangnya yang berbeza. 





Wau Kangkang

Wau Kangkang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.  Wau kangkang menyerupai bentuk wau jala budi tetapi memiliki corak ekor yang mencapah.


Wau Seri Bulan

Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Perak, Malaysia. Ia mempunyai sedikit persamaan dengan Wau bulan yang dimainkan di Kelantan.





Wau Helang


Wau Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di PerlisMalaysia. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau merak, kecuali tidak berekor panjang. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Way Helang merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Perlis.   Pada kebiasaannya, wau helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau helang adalah burung helang atau burung pemangsa yang lain




Tengku Muhammad Faris Petra (tengah) menaikkan Wau Puyuh 
tanda perasmian   'Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008' 
di Pantai Geting, Tumpat Kelantan.

Wau Puyuh merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.  Wau Puyuh menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak ekor yang lebih melengkung..



Wau Kapal


Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.Wau kapal tradisional menerapkan hiasan meng­gunakan teknik telepuk, tebuk dan tampal manakala wau kapal moden lebih mudah untuk dihasilkan kerana tiada motif hiasan seni tradisional.

Meskipun penghasilan wau kapal tradisional agak rumit, ia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding wau kapal moden.  Teknik telepuk, tebuk dan tampal adalah warisan berzaman dari negeri Sela­ngor dan dipercayai wujud lebih 300 tahun dahulu.   Teknik telepuk ini meng­gunakan pelbagai kertas warna yang diukir dengan bunga kecil kemudian ditebuk dan diulang beberapa lapis untuk dijadikan corak.   


Pembuatan Wau


Pesta Wau



10 comments:

  1. Terima kasih, saya buat penyelidikan tentang Merak dalam budaya Melayu dan terjumpa sedikit informasi berkaitan, dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. MAKLUMAT DALAM BLOG INI SANGAT BERMANFAAT..

    ReplyDelete
  3. boleh saya dapat kan soft copy gambar2 wau ni?

    ReplyDelete
  4. saya hendak mengetahui nama pengarang artikel ini boleh?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih pengarang。◕‿◕。

    ReplyDelete
  6. .تهنيئه دان ساڠت برمنفعت

    ReplyDelete
  7. saya lah dia bila kah terima kasih juga kepada siapa yang mencipta kan ini berikan tepuk tangan

    ReplyDelete
  8. Golongan mana yg memainkan wau sebenarnya ?

    ReplyDelete
  9. Terima kasih pengarang sbb maklumat nya sangat jelas

    ReplyDelete