Pengenalan
Rumah kayu atau rumah kampung pada
suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi
dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi
mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya
dibangun tanpa paku.
Sebelum kedatangan
pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta
kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah
mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup
dan alam sekitar.
Manakala orang
Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan
pulau-pulau lain biasanya membina rumah sebuah (ala banglo) yang didiami oleh
sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih
gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung. Yakni
setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti rumah pangsa yang
dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil
‘ruai’ di Sarawak)
yang menyambungkan semua unit menjadi sebuah bangunan panjang.
Rumah Pisang sesikat |
Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan. Pada
pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang
dipanggil tulang perabung. Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung
lipat kajang @ bumbung panjang.
Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada
bentuk limas @ bumbung
Belanda.
Bumbung bentuk V @ bumbung lipat kajang |
Selaras dengan perubahan dan perkembangan teknologi, kaedah
membina rumah juga berubah. Di peringkat awal, sistem mendirikan rumah hanya
dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Sistem tebuk kemudiannya
diperkenalkan. Begitu juga penggunaan paku kayu yang dikenali juga dengan
pemeting untuk menguatkan persediaan rangka rumah. Tiang rumah berbentuk bulat dan rotan @ akar
digunakan untuk menguatkan persendian. Tarahan tanggam dibuat untuk mengejapkan
persendian seterusnya tiang bersegi dan ditebuk untuk laluan kayu rasuk dan
alang serta dibaji.
TarahanTanggam |
Penggunaan alat seperti ketam, gergaji dan alat tebuk menebuk
membolehkan lantai dan dinding rumah yang lebih baik bagi menggantikan balak
kayu yang digergaji. Penggunaan papan untuk dinding dan lantai diperkenalkan
untuk menguat dan merapi rumah. Susunan sambung menyambung untuk dinding yang dikenali
dengan sambungan tindih kasih dan sambung berlidah telah memperlihatkan susunan
dinding secara melintang, menegak dan juga menyerong.
Pengaruh Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti
Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah
mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah
berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.
Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah
menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada
rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.
Dikatakan semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional terdiri dari rumah
bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk
limas @ bumbung Belanda.
Dikatakan semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional terdiri dari rumah bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas @ bumbung Belanda.
Jenis-jenis rumah Melayu
JOHOR : Rumah potong Belanda @ Rumah Limas |
Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbung panjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah @ kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja. |
Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan
Rumah
Serambi Melaka dan terbahagi kepada
rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam
belas.
|
Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah
berbumbung panjang ini
dipengaruhi
oleh senibina rumah panjang di Melaka.
|
Di Terengganu, terdapat dua jenis rumah
bumbung
panjang iaitu rumah tiang
dua belas dan rumah bujang.
|
Di Kelantan , terdapat dua jenis rumah
bumbung
panjang iaitu rumah tiang
dua belas dan rumah bujang.
|
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan,
rumah bumbung panjang
dipengaruhi oleh senibina
rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.
|
Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali
dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.
|
Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Rumah
melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara
senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional
mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa
kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina rumah
melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.
Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.
Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.
Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.
Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.
Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah melayu ini.
Kekisi tingkas diukir dengan ukiran tebuk tembus membantu peredaran udara yang baik. |
bagoos
ReplyDeleteterbaik
Deleteterbaikkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeletesayangilah seni reka rumah melayu lama
Suka dgn rekabentuk.. tp kos binaan kayu sgt mahal ...
ReplyDeleteselamat sejahtera. Saya ingin menggunakan foto rumah serambi Kedah dalam buku pen. seni visual terbitan KPM. Harap dapat kebenaran.
ReplyDeleteSaya dalam proses belajar dan menghidupkan kembali seni bina melayu..0139998111..klau ada ilmu boleh dikongsi
ReplyDeletex de pon citer psal bumbung terbuke?
ReplyDelete\
ReplyDeleteSelamat sejahtera. Saya cikgu fariza mohon keizinan untuk menggunakan foto dalam blok ini dalam video PDPC saya untuk kegunaan pelajar pelajar tingkatan 5 PSV.
Orang bodoh mahu bangga
ReplyDeleteHi Bro, I'm Chinese
DeleteFYI each race has its own unique culture, should be proud of it. Whether or not you don't like just keep your KEBODOHAN dan KEHSOHIAAN. Otherwise, you stay back to your Mother Hole.
Really shame of your family and Pity for Parent to have this kind kid OTAK.
Please send my condolence to your family
Sekian terima kasih
true, we should be proud of our culture
Deletebest info ni. saya dapat banyak maklumat
ReplyDelete