“A picture is worth than a thousand words”

Wednesday, January 29, 2014

CATAN

Pengenalan Catan

  1. Catan ialah proses menghasilkan seni 2D dengan menggunakan bahan pewarna 'pigment' terlarut dalam pelarut (atau medium) dengan agen pengikat (gam) kepada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding.
  2. Aktiviti catan membolehkan seorang pelukis meluahkan perasaan dengan berus dan warna. Aktiviti catan dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.  
  3. Komponen alat yang digunakan dalam catan :

  • Pewarna - cat air, cat minyak, cat poster, akrilik, gouch, tempera dan fresko.
  • Agen Pelarut -  gam arab, minyak linsid, turpentin, air.
  • Alatan -  pembancuh warna, berus cat, kanvas, kertas.dinding.







Sejarah Catan
Sejarah catan dikatakan bermula sejak Zaman Yunani Purba. Pada masa itu catan dihasilkan  bertujuan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan.  Media catan pada masa itu ialah mozek dan fresko.


Zaman kelahiran semula atau zaman pembaharuan atau Zaman Renaissance (Bahasa Perancis) merupakan zaman kemuncak senilukis di Eropah.

Pelukis-pelukis tersohor pada zaman itu ialah Leonardo da Vincci yang menghasilkan karya 'Monalisa', Albrecht Durer dengan catannya bertajuk ' The Great Piece of Turt).  Albrecht Durer mendapat gelaran "Bapa Catan Air Eropah".  Pelukis-pelukis zaman itu menghasilkan catan realistik.


 By: Albrecht Durer (1471 - 1528)  Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches  Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum




Title: Great Piece of Turf, Study of Weeds

By: Albrecht Durer (1471 - 1528)

Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches

Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum


   




'Monalisa' 

 Leonardo da Vincci.




Pada abad ke 2 hingga ke 20, muncul aliran baru dalam seni catan.  Pelukis-pelukis mula mempersembahkan catan dalam semi abstrak dan abstrak. 


Pelukis-pelukis pada masa itu ialah Paul Cezzane, Vincent van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain.


Pelukis tempatan yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Young Man Seng. Mereka banyak menghasilkan catan air yang berkisar kepada lanskap tanah air.








Beach Beauty, 1961.

Mohd. Hoessein Enas (1924-1995);

Oil on canvas; 63cm x 84cm.






 Malayan Rural Scene

Abdullah Ariff (Malaysia (1904-1962)

 Medium : Cat air

Saiz : 11 1/2x 15in (29cm x 39cm)











Zaman, Aliran dan Perkembangan Seni Barat.

1. Zaman Pertengahan

  • Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian
  • Kebanyakan karya arca dinding
  •  Seni Neo Klasik, Seni Romantik, Seni Medieval'
  •  Pelukis: Giotto, Duccio


 Seni Neo Klasik







2.  Zaman Renaisancce

  • Zaman Pembaharuan seni catan
  • Figuara menjadi tumpuan utama dalam pengkaryaan
  • Karya seni mendapat tempat dikalangan bangsawan dan istana
  • Seni Romantik, Klasik, Naturalisme
  • Pelukis : Leonardo da Voncci, Albrecht Durer, Rephael, Micheiangelo



3.  Zaman Baroque dan Rococo






 The Militia Company of Captain Frans Banning Cocq

Karya Rembrandt




  • Dikenali zebagai zaman Renaissance tinggi
  • Baroque membawa maksud 'mutiara yang tidak sempurna tetapi indah'
  • Menekankan komposisi, aksi, warna dan pencahayaan
  • Latar belakang karya gelap dan cahaya tertumpu pada objek
  • Seni Barroque, Dutch Painting
    Pelukis : Berlini, Rembrandt, Rubens
4.  Abad ke 18
       Romantisne Neo-Klasik


Teknik-teknik Cat Air




Teknik basah atas basah

Teknik ini banyak menggunakan air dan sedikit warna. Hasilnya catan akan kelihatan lutsinar kerana warna kelihatan nipis.



Teknik tindihan

Iaitu teknik menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan.  Teknik yang terhasil adalah tebal dan kering berlegap.


Teknik tekapan span 
Teknik ini biasa digunakan untuk memperlihatkan kesan jalinan pada objek seperti permukaan batu kasar, tanah, air, rimbunan daun dan sebagainya dengan hanya menggunakan span dan tidak menggunakan berus.

Teknik percikan 
Teknik ini menggunakan berus (berus gigi) untuk memperlihatkan jalinan khas seperti jalinan pasir, daun dan sebagainya mengikut kesesuaian.

Teknik basah atas kering – Teknik ini digunakan dengan menyapu warna cair ke atas warna yang kering. Teknik basah atas kering sesuai digunakan untuk menghasilkan ombak laut, batang pokok dan sebagainya.
 

1.    Teknik basah atas basah

  • menghasilkan kesan lut sinar.
  • teknik paling istimewa dan dramatik.
  • paling sukar dikawal sapuan warnanya.
Teknik basah atas basah

2.    Teknik basah atas kering 
  • Merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media senang dikawal dari segi sapuan warna
  • Dapat menghasilkan kesan lut sinar.



3.    Kering atas basah
  • permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu
  • kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.
    4.    Kering atas kering

    • memberikan kesan legap
    • menimbulkan kesan  jalinan.























    Tokoh Catan Tanah Air dan Karyanya




    Pelukis : Dzulkifli Buyong

    Tajuk : 'KAPAL KERTAS' (1966) 

    Media : Kapur Pastel 






    Pelukis : Dzulkifli Buyong
    Tajuk : 'MEMBAKAR SEMUT' (1967) 
    Media : Kapur Pastel 





    Pelukis : LatiffMohiddin
    Tajuk : 'PAGO-PAGO' ( 1964)
    Media :  Cat Minyak






    Pelukis : Peter Harris
    Tajuk : RUMAH RAKIT (1956) 






    Pelukis : Patrick Ng Kah Onn

    Tajuk :' SEMANGAT BUMI, AIR DAN UDARA'

    No comments:

    Post a Comment