“A picture is worth than a thousand words”

Tuesday, March 11, 2014

SENI GRAFIK




Apa itu Grafik?
  1. Perkataan 'grafik' berasal dari bahasa Greek (Grapikos) yang membawa maksud bahasa Greek (Grapikos) bermaksud boleh melukis dan menulis. 
  2. Grafik juga memberikan maksud gambaran analogik(bukan fotografi) dua dimensi(2-D) untuk menyampaikan mesej tertentu. Berkomunikasi secara visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. 
  3. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. 
  4. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. 
  5. Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphics dan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu. 

Enam rekabentuk dalam bidang grafik
  • Korporat
  • Papan peraga (billboard)
  • Penerbitan umum
  • Pembungkusan
  • Papan tanda
  • Media digital
 
Reka bentuk Identiti Korporat

Papan peraga

Penerbitan umum


Pembungkusan


Papan tanda


Prinsip Asas Grafik
1. Perancangan
2. Penyediaan ilustrasi

  • lukis sendiri
  • ubahsuai yang sedia ada
3. Warna
  • menambah kesahan atau ketepatan imej-imej yang digunakan.
  • menunjukkan    persamaan atau perbezaan pada sesuatu visual 
  • membentuk tindak balas emosi atau perasaan
5. Persembahan
4. Huruf- saiz
  • jarak
  • kontras
  • jenis/bentuk
  • mengambil kira masalah teknikal
  • Penyampaian maklumat lebih menarik jelas, tepat, konsisten dan berkesan berbanding dgn teks.
  • Grafik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap suatu maklumat.
  • Peningkatan prestasi dan memudahkan pengurusan serta penjimatan masa dan kos yang efektif.
    
 
Kepentingan Seni Grafik
  1. Grafik sangat penting terutamanya dalam sesebuah produksi penerbitan.  Ini kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. 
  2. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. 
  3. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web. 

1 comment: