Persembahan wayang kulit menggunakan prisip cahaya dan bayang. |
Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.
Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan
masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni hiburan dan
persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan
satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak
methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang.
Asal usul wayang kulit telah banyak diperkatakan sebelum ini. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar atau tidak. Kalau pun benar, kebenaran ini mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Tidak terdapat sebarang persamaan baik dari segi falsafah mahu pun dalam cara persembahan antara wayang kulit Jawa atau Melayu dengan tradisi teater India. Bukti yang konkrit pun tidak pernah dicatat secara pasti. Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang diasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata. Namun demikian cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Bali atau Malaysia semuanya berasaskan pada dua hikayat Dewa-dewa, iaitu Mahabharata dan Ramayana. Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang, dalang, panggung dan kelir.
Persembahan wayang kulit diiringi kumpulan muzik. |
Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti tersendiri dalam sesebuah masyarakat.
Tok Dalang berperanan menghidupkan cerita. |
Selain di Jawa dan Malaysia, wayang
kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China. Nama yang diberi kepada wayang
kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa setempat, walaupun fungsi dan asas
persembahannya adalah sama. Di Thailand, wayang kulit dikenali sebagai Nang
Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek manakal di Jawa digelar Wayang
Purwa.
Proses Membuat Patung Wayang Kulit
1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
Kulit lembu yang telah dikeringkan. |
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air
campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian
dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut
telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit
yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga
bersih.
campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian
dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut
telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit
yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga
bersih.
Proses membentuk kulit lembu mengikut corak yang dikehendaki. |
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan
ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti
dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit
mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang
yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang
dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.
Meraut buluh. |
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali
kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan
pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung
tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan
mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang
biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja
mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan
kesabaran yang jitu.
No comments:
Post a Comment